Setiap lelaki inginkan penampilan yang segak bergaya. Di sini saya ingin tampilkan beberapa tips & panduan untuk para lelaki.
after_shave1. Penjagaan Wajah
- Penjagaan kulit muka adalah penting bagi menampakkan wajah segar & berseri. Kulit yang berminyak & tidak sihat akan membuatkan wajah nampak tua & kusam. Sentiasa menggunakan pencucui muka yang sesuai dengan kulit anda muka anda & jangan menggunakan sabun mandi kerana ianya akan merosakkan kulit wajah anda.
2. Penjagaan Kukumens-nail-clippers
- Kuku tangan yang bersih dan terjaga bukan sahaja dapat mengelakkan anda daripada mendapat penyakit, malah ianya akan memberikan penampilan diri yang  sihat & bersih. Anda tidak perlu menjaganya seperti perempuan, cukup sekadar memotongnya apabila ianya sudah panjang. Bagi umat Islam memotong kuku pada hari jumaat juga memberikan pahala tambahan.
clothing3. Pemilihan Warna Pakaian & Aksesori
- Pemilihan warna yang padan adalah amat penting. Sebagai contoh warna jam tangan, tali kasut dan tali pinggang mestilah sama.  Elakkan warna yang bercampur aduk sehingga nampak seperti badut sarkis. Orang akan memandang seseorang melaui penampilan dahulu.
4. Penjagaan Kasutmen_shoes
- Penjagaan kasut juga amat penting. Kasut yang bersih dan berkilat akan memberikan penampilan yang hebat walaupun anda memakai sneaker. Warna stoking juga mestilah sepadan dengan warna kasut. Penggunaan stoking denagn sandal juga adalah salah satu kesilapan dalam bergaya. Ingat, perempuan memandang lelaki melalui kasut yang dipakai.
wallet5. Penjagaan Dompet
- Jangan ingat dompet tidak perlu dijaga. Dompet yang tebal 7 membonjol juga akan merosakkan penampilan anda. Susun kad-kad yang dipakai dengan teratur supaya senang untuk anda mengambilnya apabila memerlukannya. Buang atau simpan benda-benda lain yang tidak diperlukan di tempat khas selain di dompet. Dompet anda bukanlah laci menyimpan resit!!!
6. Pewangi2009pheromax2
- Penggunaan pewangi juga memainkan peranan yang amat penting. Anda tidak mahu berbau seakan-akan “Mat Bangla” yang baru habis kerja. Gunakan kolon selepas bercukur untuk penjagaan kulit muka, deodorant bagi mengelakkan bau ketiak & minyak wangi kegemaran ketika keluar rumah. bau yang wangi bukan sahaja dapat menjaga emosi, mental & fizikal anda, malah ianya juga akan memberikan kesan positif kepada orang sekiling.
Di harap tips-tips di atas dapat membantu anda untuk nampak segak bergaya.
Selamat Mencuba…