Pada masa kini, lelaki sudah pandai menjaga penampilan mereka terutamanya dari golongan metropolitan. Salah satu daripadanya adalah menjaga bentuk badan. Bentuk badan memainkan peranan yang penting dalam dunia lelaki. Dengan bentuk badan yang sesuai, imej lelaki dapat dilihat dengan lebih berkesan.
Di sini saya akan berikan beberapa cara atau teknik mudah yang boleh dilakukan oleh semua golongan terutamanya bagi mereka yang malas atau tidak cukup masa.
Tips & Amalan

air_limau
Amalan minum air limau.

- Amalan ini telah digunakan oleh ramai wanita-wanita yang ingin mengurangkan berat mereka dan ianya terbukti berkesan untuk lelaki.
- Anda juga menambah ais pada air limau anda. Menikut kata pakar senaman di Amerika Syarikat, badan akan membakar kalori yang lebih bagi memanaskan air yang sejuk di dalam perut supaya suhu air sejuk yang diminum sama dengan suhu tubuh badan.
perut_kempis
Teknik “Kempiskan Perut”.

- Apa yang perlu anda lakukan ialah kempiskan perut anda dan tahan selama yang mungkin. Mengikut kajian dari universiti di Amerika Syarikat, kalori yang dibakar akan bertambah sebanyak 2 kali ganda jika melakukan apa-apa aktiviti jika dalam keadaan tersebut. Anda boleh melakukan teknik ini semasa menonton TV ataupun semasa berjalan kaki.
snack
Elakkan makan pada lewat malam. 
- Mengikut kajian saintis, metabolisme manusia turun pada malam hari. Jadi makanan yang dimakan pada malam hari tidak dapat dihadam dengan sempurna oleh perut dan mengakibatkan makanan disimpan oleh tubuh sebagai lemak. Bukti terbaik bagi umat Islam ialah semasa berpuasa dimana waktu berbuka ialah pada waktu maghrib. Waktu maghrib adalah waktu terakhir siang dan permulaan bagi malam. Jadi waktu ini adalah waktu terakhir untuk anda makan malam.
Ketiga-tiga cara ini sudah cukup untuk anda jadikan amalan harian untuk mengurangkan berat badan anda jika ianya dilakukan dengan betul. Anda boleh cuba dan lihat hasilnya.
SELAMAT MENCUBA….