Powered By Blogger

Tuesday 13 December 2011

Kerja Oh Kerja

 
 


                                                                                      

KERJA OH KERJA.............


Hah, seperti yang korang baca kat title web browser tu, mesti dah perasan kan. Kalau sebelum ni title dia “Edisi : Sibuk Study” sekarang dah tukar balik kan.
Hah mesti semua tertanya – tanya kan apa pasal title blog ni ada “Kerja Oh Kerja“. Maksud “Kerja” ni terlalu umum, kerja boleh juga bawa maksud banyak kerja.
Tapi yang ni bukan sebab banyak kerja, tapi dapat kerja. Jadi untuk edisi ini, aku nak bagitahu kat semua yang aku telah dapat kerja dari sesebuah syarikat.
Syarikat mane tak perlu dinyatakan, sebab tak penting. Yang penting aku dapat kerja dengan kerajaan. Haha.
Syukur alhamdulillah kepada Illahi kerana memberi aku peluang yang cukup berharga ni.
Dan disebabkan itulah, pasti korang akan perasan blog ni dah lama tak update dan “bersarang” dengan entry lama kan.
Yelah hari kerja terlalu letih. Takda masa nak update blog dan juga tak larat sebab tiada idea nak tulis.
Kalau sebelum ni idea banyak sebab selalu tengok TV, tapi sekarang nak tengok TV pun tak sempat. Jadi idea nak tulis blog pun tak ada.
Jadi jangan korang terkejut sekiranya blog ni asyik dengan tajuk yang sama, sebab aku kekurangan masa untuk update blog.
Mungkin hanya hari minggu sahaja untuk aku update blog.
Dah 2 minggu aku kerja, dan aku terpikir juga dimanakah hala tuju blog ini. Adakah blog ini perlu untuk diteruskan atau dibiarkan sahaja.
Kalau tak, paksa tutup sebab banyak sangat kerja, terpaksa aku tinggalkan dunia blog dan menjalankan hidup aku sebagai seorang pekerja yang baik.
Walau bagaimanapun, tugas menjadi blogger merupakan pengalaman yang tak dapat aku lupakan.
Begitu indah sebenarnya jadi blogger sebab kitalah bos dan pekerja.
Haha, oklah sampai disini sahaja untuk hari ni.
Salam semua…





No comments:

Post a Comment