Powered By Blogger

Saturday 5 May 2012

PENGALAMAN DI PLKN MERANG SURIA HOLIDAY CAMP

               PENGALAMAN DI PLKN MERANG SURIA HOLIDAY CAMP

Pada 2.1.2012 aku mesti lapor diri di mini stadium kampong raja. Pada mulanya aku risau juga sebab pada hari ini (1.2.2012) hujan sangat lebat, takut banjir je..kalau air naik memang aku tak dapat keluar dari kampong sebab jalan utama di naiki air... tapi Alhamdulillah, pada malam tu hujan tidak lagi turun,dan air yang melintasi jalan beransur surut...pada pagi 2.1.2012 hujan lebat turun kembali...namun aku tetap boleh keluar untuk lapor diri sebab air masih belum melintasi jalan... sampai je kat mini stadium tu hujan masih tidak lagi berhenti, malah bertambat lebat... pada hari tu aku hanya mengenakan seluar jeans hitam, baju tshirt biru gelap dan memakai cap.. sebenarnya ni first time aku untuk belajar memakai cap.. sebab kat plkn nanti aku mesti juga pakai cap... hujan masih lagi lebat, kereta pula semakin sesak sebab ramai ibubapa-ibubapa yang datang untuk hantar anak mereka masing-masing... nasib aku kurang baik sikit sebab aku terlupa untuk membawa payung, jadi aku terpaksalah keluar dari kereta dan terus berlari menuju ke khemah pendaftaran untuk mengelakkan daripada pakaian aku basah terkena hujan.. namun apakan daya aku bukanlah pelari terpantas di dunia ni, jadi pakaian aku sedikit basah...  sampai saja di bawah khemah aku terpaksa beratur membarisi barisan yang agak panjang kerana aku sudah sedikit terlewat... namun aku tetap sabar... akhirnya tiba juga giliran aku untuk melaporkan diri, dan semua boring yang telah terisi aku serahkan kepada kakak-kakak yang ditugaskan di situ...(sebenarnya kakak2 tu jurulatih kat kem aku, aku manalah tahu lagi..jadi aku hanya memanggil mereka dengan panggilan kakak jelah..) .. selesai semua urusan, aku diberikan tiket aku kembali beserta no bas yang akan ku naiki... sekali lagi aku terpaksa berlari menuju kearah bas yang telah di tetapkan untuk aku.. punyalah jauh bas tu...basah kuyup aku... alamak beg pakaian aku masih berada dalam kereta.. tercari-cari pulak aku hari tu kereta untuk mengambil beg... fuhh..akhirnya jumpa jugak.. ayah aku yang tolong angkatkan beg aku untuk masukkan kedalam bas....setelah semua selesai aku bersalaman dengan ayah aku dan abang ariff dan aku terus naik ke atas bas sebab hujan masih lagi lebat..ayah aku dan abang ariff terus pulang ke rumah... di atas bas pulak aku tercari-cari tempat yang kosong..nasib aku baik sebab masih ada kerusi yang kosong... atas bas tu aku tak kenal sesiapa pun sebab aku lah satu-satunya yang boleh kem kat situ..jadi aku buat slambe jelah dan terus duduk...sambil menunggu yang lain naik di atas bas dan memehuhi kerusi yang kosong maka adalah seorang budak lelaki yang datang dan Tanya aku...sebelah ni ada orang ke tak..aku jawab je lah tak ada, duduklah..dia pun terus duduk... di situlah kami berkenalan dan berbual-bual panjang tentang latar belakang masing-masing... okey semua tempat duduk telah di penuhi dan seorang jurulatih naik dan memberi sedikit taklimat dan memanggil nama kami seorang demi seoarang untuk mengambil I/C kami dan memberi duit kepada kami sebanyak rm10 sahaja... perjalan kami menuju ke kem di teruskan...walaupun air membanjiri dan melintasi jalan bas kami tetap meredahnya...dalam bas pulak fuhh punyalah jiwang lagu yang di mainkan oleh driver bas kami..jadi ramai jugaklah yang melayang perasaan masing-masing..namun aku tetap berbual dengan rakan sebelah untuk menghilangkan rasa bosan...ermm nampaknya ramai juga yang tidur, mungkin kerana terlalu sejuk..maklumlah sudahlah hujan kat luar dalam bas pulak pasang aircon mana tak sejuknya...

 

Dalam pukul 11 lebih tak silap aku kami semua sampai di kem...kami semua beratur  untuk turun dari bas...sekali lagi kami di sambut oleh jurulatih kat situ dan kami diarahkan mengambil beg masing-masing dan letakkan di luar bas.. nasib baik hujan sudah berhenti atau memang kat situ hujan masih belum turun sebab tak ada pulak tanda-tanda yang kat sini hujan turun dengan lebat.. setelah selesai jurulatih tersebut memberikan taklimat dan mengucapkan tahniah kepada kami semua kerana terpilih untuk menyertai plkn ni, kami di minta untuk berbaris panjang untuk menyerahkan borang tawaran dan yang lain-lain lagi...di sini pulak aku mula berkenalan dengan budak cina, nama dia qim tinggal kat jerteh je..tapi tak pulak aku bertemu dengan dia sebelum ni...mula-mula kami bercakap pasal gambar tak silap aku...ermm setelah kami menyerahkan semua borang dan kami jugak di beri no dorm dan no katil beg kami pulak diperiksa oleh jurulaih kat situ....semua diperiksa dari atas sampai bawah..TUP2 tali pingan aku kena rampas..haha...oik ok apa..selepas siap di periksa salah seorang jurulatih nama dia cg sabri yang tolong tunjukkan kat mana dorm aku... masa tu qim tak selesai lagi..jadi aku pergilah dulu...aku masuk je dalam dorm terus aku mencari no katil aku..nasib baik aku boleh katil yang agak baru lah...lepas tu semua barang termasuklah selimut, cadar, sarung bantal yang di beri aku letak je kat atas katil...dan aku terus keluar untuk pergi ke dewan nak tengok kalau-kalau qim dah siap...sampai je aku tengok qim dah tak ada...nampaknya satu lagi bas dah sampai...jadi aku pun beredar dari situ menuju ke bilik gerakan...barulah terjumpa balik dengan qim nih..dia kat medic rupanya..aku pun balik je lah ke dorm...dorm aku jauh sikit dengan dorm qim walaupun qim dorm 6 aku dorm 7...masuk je dalam dorm aku tengok katil kat sebelah aku dah ada orang..jadi akupun berkenalan lah dengan dia nih..nama dia afizie.. just panggil PG jah...pg nil ah yang jadi ketua dorm aku..lepas dia siap simpan barang dia aku pun mengajak dia ke dewan untuk mengambil pakaian kami...baju pt,baju kelas dan kasut pt,kasut kelas...selesai semua kami pun pergi makan...
Baiklah sekarang waktu petang...sedap-sedap aku duk rehat atas katil semua wira yang baru lapor diri di arahkan pergi ke bilik rehat...ingat ada apa, rupa-rupanya rambut kami nak kena potong by mesin...no 2 x silap aku..semua wira jadi botak..haha..tapi punyalah ada yang liar taknak poton rambut..last2 kena jugak..,lepas siap potong rambut sekali lagi kami di minta beratur memanjang menuju kea rah bilik gerakan untuk mangambil cap,stoking,polish,bering apa2 lagilahx ingat....petang tu juga aku pergi ke dorm 6..bosan duk dorm 7..masih ramai yang belum aku kenal..aku masuk dorm 6 dan aku tengok qim tak ada...tapi budak sebelah katil dia ada..jadi aku pun berbual lah dengan budak ni..nama sebenar dia aku tak ingat tapi panggil mat yo jah..hari tu jugalah aku berkenalan dengan mat yo dan firdaus..mat yo ni ketua cmpny kami..cmpny Charlie...dia dilantik kerana mempunyai bakat dalam bidang ni..firdaus ni pulak geng surau...orangnya pun baik..
Haaa...kat tengah nil ah mat yo..yang dua orang lagi ni aku cerita kemudian...selepas semua pelatih lapor diri, maka adalah majlis perasmian untuk kumpulan kami...komande kami muda lagi..majer murad nama dia...tudm tu..tkp pun masih muda...namanya hadi..jugak tudm..Cuma tkl je sedikit tua..namanya mazlan..okay aku malas nak cerita panjang lebar pasal mereka ni, sebab aku nak ceritakan hal aku dengan member2 je kat sini...dalam dorm aku mula berkawan rapat dengan ariff,Ibrahim, izzat...ni adalah orang yang mula2 rapat dengan aku lah..kami keluar makan bersama dan buat apa2 pun bersama...sekarang kelas telah bermula...malangnya aku tidak sekelas dengan mereka ni..tapi aku still sekelas dengan pg,faruq,sudin...budak dorm aku..pg ni bekas ketua pengawas kat sekolah dia..faruq ni budak pandai..mula2 tu aku ingat dia ni budak sekolah agama, maklumlah dengan perwatakkan dia yang sebiji dengan budak sekolah agama..(budal alim)...sudin ni klu sesiapa kenal dia tahu lah perangai dia..haha..buat lawak habis...ok nama aku tersenarai dalam kelas pk1...dalam kelas ni kami belajar macam2..dalam kelas ni kami ada 3 orang cikgu.. dua perempuan, satu lelaki..namanya cikgu nozie,cg mat ya, dan cg imah..mereka semua punyalah baik..hahaha..pk ni maksudnya pembinaan karakter..menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri adalah modul pertama yang kami belajar..dalam slot ni kami di ajar macam2..disebab kan kami belajar dalam kumpulan, jadi setiap orang pasti akan merasa menjadi sebagai seorang pemimpin..banyak lagi sebenarnya tapi disebabkan saya hanya menulis berdasarkan ingatan semata-mata mungkin ada yang kurang atau tidak menurut susunan masa yang betul...saya hanya menulis perkara yang betul2 saya ingat sahaja..masa dalam modul 2 iaitu menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain, maka adalah satu  aktiviti..aktiviti ini di panggil penciptaan barang yang berteknologi...kumpulan aku telah mencipta sebuah mesin basuh..dan tugas aku ialah menjadi promoter pasal produk kami..dan Alhamdulillah aku telah menjadi promoter yang terbaik...kat sini jugalah aku kenal dengan ieka..sebenanya setiap kali masuk modul baru kami semua akan bertukar ahli kumpulan..jadi kami semua dah biasa dengan semua orang..jadi perasaan malu tu hanya sedikit jelah yang ada dalam hati kami..
 
Kami banyak buat aktiviti, dan setiap aktiviti kami harus bersepakat dengan semua ahli kumpulan untuk jadi juara dalam pertandingan...dalam pk ni juga lah aku mula rapat dengan man...nama dia rozaiman..budak cmpny aku jugak..aku hanya rapat dengan budak cmpny aku je..sebab apa2 hal kami semua buat ikut cmpny...cmpny kami ni banyak keistimewaan tau..kami pencetus haka yang pertama kat kem kami untk siri 9 panggilan1...encik fahmy pun kagum dengan kami..malah tiada cmpny pn dapat lawan haka kami.... oh lupa pulak aku nak cerita pasal hadi..sebenarnya aku mula rapat dengan hadi ni di awal lagi..hadi budak kg raja ni je..sampai sekarang aku still cntact dengan dia..apa hal aku mesti dengan dia...kira rapat la jugak...sebab setiap kali ke surau aku mesti dengan dia...orang yang paling rapat dengan aku izzat dan hadi...
Ha ni izzat...
Ni hadi...nanti aku masukkan semua gambar member2 aku yang aku ceritakan ni... masuk je bulan February aktiviti fizikal bermula...bermulanya dengan aktiviti air..kalau tak silap sehari je buat latihan, esok tu terus bertanding..sebelum kami buat latihan kami semua kena selam dalam air...fuh nil ah first time aku kena selam dalam air dan berenang dalam air yang tak tahu untuk aku cakap sedalam mana..tapi aku rasa memang dalam nak mampus...kecut perut aku dibuatnya...dah lah aku x biasa nasib baik pakai jaket je..haha...lagi teruk aku tertelan air yang masin tu...sampai pedih aku rasa..tapi seronak juga dalam air ni sebab di sini kita kenal siapa kawan kita...dalam air izzat dengan ariff lah yang banyak tolong aku..tq friend.. hadi tak de, dia masuk di round ke dua..balik je kem aku demam teruk..suhu badan aku terlampau tinggi...sampai cg medic pun terkejut....sama jugak dengan izzat...masa naik kayak pun aku dengan izzat, kami ronda di setiap pelusuk paya tu..sampai kat tengah2 paya kecut perut aku dibuatnya..dalam doiii...hari pertandingan kami still pergi walaupun demam demi memberi sokongan padu kepda cmpny kami dan member2 kami..walaupun cmpny kami tak menjadi johan atau naik johan kami tetap reda dengan adab pertandigan...aku langkau je lah ni..masuk je maulidur rasul ada pertandingan nasyid antara cmpny..aku dan izzat juga tidak melepaskan peluang ini untuk menyertainya...dan cmpny mendapat tmpat yang ketiga....kami juga ada aktiviti kemasyarakatan iaitu pergi gotong-royang kat dua buat kampong...kampung pertama kami pergi ialah kampong felda chalok barat..rupanya kampong ni dalam hutan, buat kali pertamanya aku sampai di kampong ni..masa tu hari jumaat...kalau tak silap semua aktiviti kemasyarakatan buat hari jumaat...sampai je kami semua beratur untuk di bahagikan tugasan..aku kena bersihkan kawasan sekolah..kalau tak silap aku, zahar, zerin, pakdo sero...tugas kami memang cukup mudah sebab dibantu oleh pekerja swasta sekolah tersebut...lepas siap tugas kami bersih kawasan sekolah, sempat lagi kami bergambar dengan cikgu-cikgu  sekolah kat situ..kami solat jumaat pun kat kampong tu juga...next week kami semua pergi kat kampong bari kecil kalau tak silap..macam biasa kami semua beratur untuk dibahagikan tugasan...aku kena baesihkan padang bola..bukan buat apa pun just kumpulkan rumput yang dah di mesin..senangkan..haha...
Kerja taklah kami buat sangat, tapi nil ah aktiviti kami semasa berada di padang bola,,,posing habis..siapa boleh haling??..haha....
  lepas tu ada pulak aktiviti menembak..haha...aku bukanlah penembak yang baik..tapi kira ok lah juga...mata cmpny kami pn semakin rendah sebab kami tidak pernah menjadi johan atau naik johan..tempat ketiga pun susah nak dapt..sebab cmpny kami banyak main2 dalam latihan...setakat ini baru...dalam keseluruhan cmpny kami berada di tempat yang paling bawah iaitu tempat ke empat..
Namun begitu tidak pernah mematahkan semagat kami...segala-galanya bermula semasa pertandigan kembara halangan...masa latihan pun kami buat main2..sampai mat yo pun jadi sakit jiwa raga dengan perangai kami semua..tapi siapa yang sangka cmpny kami yang jadi johan..namun di sebalik kegembiraan ini lah berlakunya tragedy tahun lompat...kmander kami mengamuk kerana tidak mengikut arahannya...semua wira di arahkan berada di padang kawad dalam masa 1 minit..kami semua di gulingkan tanpa berbaju dan berseluar...(hanya memakai seluar boxer sahaja)...namun bagi aku itu perkara biasa..tapi bagi yang lain tidak dapat menerima kenyataan, maka berlakulah rusuhan antara pelatih dan jurulatih...semua jadi jahanam pada hari tu...tapi di sebaliknya ada hikmah..haha..semua barang kami di kembalikan..telefon kami pegang sendiri, segitu juga dengan barang rampasan..kecuali rokok..bagi rokok cg adakan satu pertunjukan..iaitu pertunjukan pembakaran rokok..haha..padan muka kau perokok...kami juga boleh outing..tapi kat area kuala Terengganu je lah..tapi kira ok jugaklah dari terperuk je dalam kem tu....outing ni dia ada 2 sesi..sesi pertama cmpny alfa dan bravo..yang kedua cmpny aku Charlie dengan delta..first kami pergi kat muzium..apalah sangat ada kat muzium tu kan..aku masuk kejap je, baik jalan-jalan kat luar, lagi sedap...
Untuk lokasi seterusnya kami pergi kat pasaraya...kami semua apa lagi membeli habislah..just makanan ringan je sebab nak bawa ke wirajaya nanti...kat sini lah aku beli hp baru..yang lama aku jual kat bob...
Sempat lagi kami tolong promosikan gerai pak cik ni..haha...
 begitu juga dengan pertandigan kawad..cmpny kami naik johan bagi wira dan johan bagi wirawati..kami semua berpuas hati...walaupun latihan yang kami buat tak memadai dengan hasil yang kami dapat...hari tu jugak kami di kejutkan dengan satu berita yang menyedihkan..salah seorang jurulatih kami iaitu cg asadi telah meninggal dunia semasa berada di dalam dewan makan..AL-FATIHAH...dan di sebabkan kematiannya aktiviti wirajaya di batalkan..sedih betul...sia2 je aku dengan zerin pergi tolong cg isi beg pek semata-mata nak pilih yang baru2...tapi apakan daya..namun kami ada lah praktik wirajaya kat tepi dorm..modelnya hadi..haha..aku cameraman je,,,
Lepas tu ada pembarisan penutup..sebab tempoh latihan kami dah nak tamat..sedih pun ada...ni masa majlis penutup..
  .
Denz dengan Faruq...banyak kenagan manis bersama mereka tapi aku x tulis kat sini..
Faruq dengan Nik....
Yang ni semua dah kenalkan....
Kat belakang aku tu zerinn...
Nik, Zerin, Aku, Hadi...
Di tambah dengan firdaus, zarfan, pg dan zahar...............antara pengalaman yang tak di ceritakan ialah semasa pergi ke felda calok barat untuk bergotong royang....outing kat kuala Terengganu...majlis bufday sazwan yang kita org semua sepakat dengan cg untuk kenakan dia....aktiviti mandi koloh....dalam kelas integrasi...flying fox...banyaklah lagi..tak terkira...yang sedihnya hari kamo semua kena berpisah untuk balik ketempat asal masing2 setelah 2 bulan 17 hari kami bersama-sama adik beradik kami di kem ini....i miss u all my friend....

Wednesday 25 April 2012

memory

rindunye kat kem merang suria...masa duk situ suka sgt nk blik..bila dh blik jd mcm ni plak..skrg dh trpisah dgn adk bradik kat kem..ssah nk jmpa plok..msing2 duk jauh...yg duk dkat pn ssah nk jmpa sbab msing2 sibuk dgn kerja...mcm aq jgk..tak de msa skrg..lpas ni sklh plak..


























Tuesday 24 January 2012

perasaanku

esok aq blik kem doh..haha...x sabar2 sero nk blik kem...duk kem sedak, aktiviti penuh...tak de la duk buang mase mcm duk kat rmah ni..kat rmah, bgun tidur,makn on9 je,,,dah x thu nk buat ap...kat kem, kami ad plbagai aktviti..nk mndi pn kadang2 x sempat...lewat skt, dh kena ragging...huhu...tp, walau mcam mane pn, aq lbh suka keadaan di kem...sbab di sana aq blh blajar cara untuk hidup yg lbh berdsiplin....

Monday 23 January 2012

my self

hahaha.....x thu nk buat ape....

x jd eh nk buat mcm .......

kakahhh......



Friday 20 January 2012

cuti plkn


fuhhh... bler mle2 smpy d plkn merang rse x sesuai ... rse nk blek..nk blek..nk blek....tp mkin lme dup d c2,,ktorg dpt bnyk experience n memory2 yg pyh tuk d lupakn...ssah,snang,suke,duke...ktorg tmph brsme.....ble dh blek cuti..rse cam nk prg smule....P.L.K.N....mmg bez..mmg trbaek...
knagan mnis , 2 hri sblum blik rmh, 1 dorm kito kne pkai fulloreng....hak3...tp peliknya kat si2, kita lngsung x slahkan satu sme lain..walaupn kta kna pkai cloreng sbab slah org lain..ni lah nilai yg aq dpt slame duk d plkn...hak3..

Sunday 18 December 2011

today

hari ni aq nk remove fb aq..ade masalah skt...nk tkar x blh..baik aq remove jh..walaupn rmai member2 d fb, tp biarlh aq ttup fb aq dlu..aq akn rndukn mu smua kwan2 fb...

Friday 16 December 2011

cara mudah melihat status lama account facebook anda


Cara Mudah Melihat Status Lama Account Facebook Anda





Pernahkah anda punya keinginan untuk melihat dan membaca status Facebook yang anda tulis beberapa bulan yang lalu? Atau beberapa tahun lalu pada saat pertama kali menggunakan FB? Jika punya keinginan seperti itu anda boleh melihatnya dengan cara membuka halaman profile yang diikuti dengan klik link “Older Posts” pada bagian bawah. Lakukan hal yang sama untuk membuka halaman yang lebih lama.

Yang jadi pertanyaan, butuh waktu berapa lama dan berapa kali klik sampai anda bisa melihat halaman terlama dari Facebook? Terlebih lagi jika anda adalah seorang yang aktif update status FaceBook yang tentunya membutuhkan waktu yang lama untuk melihat halaman yang paling.


Untuk itulah, kali ini kami akan mencoba memberikan sedikit tips menarik bagaimana cara membuka status lama di FB dengan lebih cepat tanpa harus melakukan kli berkali-kali pada link “Older Posts” pada halaman profile.
Selengkapnya, ikuti petunjuk berikut ini:

©. Login ke account Facebook anda.

©. Buka halaman aplikasi “Get Old Status” Facebook

©. Klik tombol Go to App.


©. Izinkan agar aplikasi Get Old Status bisa mengakses facebook anda dengan cara klik tombol Allow.

©. Lanjutkan dengan klik link “Clik Here” (Langkah ini adalah langkah yang paling penting dari semua langkah yang ada di artikel ini.


©. Sekali lagi, klik tombol Allow agar aplikasi bisa berjalan dengan normal.

©. Sekarang coba lihat, di situ akan terbaca semua status anda, termasuk status yang paling lama yang sudah anda buat di Facebook.

©. Jika ingin lebih jelas lagi, klik tombol “Details” pada bagian kanan dari semua status Facebook.


Beberapa pesan dari pihak developer aplikasi Get Old Status mengenai aplikasi yang mereka kembangkan:

©. Jika anda melihat pesan error saat menggunakan aplikasi ini, tekan tombol refresh beberapa kali sampai aplikasi bisa berfungsi.

©. Aplikasi ini akan berjalan dengan normal jika anda memberikan akses keseluruhan dari account facebook anda. Pilihan ini mutlak dan tidak bisa ditolak.

©. Anda bisa mengapus keanggotaan dengan aplikasi ini dengan cara klik “Remove App” pada halaman aplikasi Facebook.

Cukup mudah bukan? Dengan ini semua status facebook anda di masa lampau bisa anda lihat dan anda baca. Anda mungkin akan tertawa sendiri membaca status FB anda di masa lampau. Yang perlu anda ingat, aplikasi ini tidak bisa digunakan untuk melihat status Facebook yang sudah terhapus karena pihak facebook tidak akan melakukan backup yang artinya data tersebut akan terhapus secara permanen.